Seorang isteri berkata, “Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, ‘loving’, ‘caring’…. bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar…tapi dia banyak ‘ modal’ bila bersama kawan-kawannya” . - tang ni aku x rs lg…..till now en suami dgr sume2 cite aku…rubbish ke x rubbish ke..tp kdg2 aku filter jgk sbb tkt terover kutuk bestpren dia…
Mengapa begitu?…Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.- a’a ekk aku msh di awl perkahwinan mmg sgt rjn melyn..tp aku harus kekalkan budaya ini…ye lah zmn bercinta x lama or almost x dak..we all bkn bercinta org2 zmn moden…x dak zmn bercouple yg masyukk bgt
Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan ‘good impression’. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar. -ngan aku x yah nk ssh2 nk bg good impression…sbb aku bleh rs org 2 ikhlas ke x…yg penting chemistry hihihhi rsnya en suami b4 kawen x dak pom bg good impression yg bleh buat aku tergolek2 kah3
Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa “the’job’ is done!”
Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…
SUAMI ITU LELAKI
* Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
* Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.
ISTERI ITU PEREMPUAN
* Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan. -yg ni pom btl…tp rsnya aku kes lain skit…aku bleh dgr cite dia…dia leh dgr cite aku,….so we r couple! ntah apa2 slogan aku buat ni
Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan,bercakap- cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.
Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -’apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’. -yg ni pom btl…bila aku ngajuk ngan en suami …aku akan sms kwn2…just mau their ears to listem,…bkn jd problem solver
Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.
-sgt btl..pompuan mmg perlukan security dlm bab kasih syg…x mau kasih terbahagi2..cm aku security ekonomi sume x penting..sbb aku ada income sendiri utk itu.,…nk beli luxury thing akun bleh usahakan sendiri
Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri.
1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.
‘ Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia’
“Ya ALLAH…kau peliharalah rumahtangga kami…spy sentiasa aman bahagia..kurniakan lah kami zuriat2 yg soleh dan solehah…dah jauhi lah kami dr sebarang dugaan atau kecelakaan..hanya pada Mu aku berserah”
Amin